Ribut: Lebih 10 rumah rosak di Beluran, terputus bekalan elektrik

Radhi Muslim
Julai 6, 2021 03:00 MYT
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kejadian ribut dan hujan lebat turut menyebabkan tiang-tiang elektrik di kampung terbabit tumbang. - Astro AWANI
BELURAN: Lebih sepuluh buah rumah di Kampung Keniogan, Beluran musnah akibat ribut pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kejadian ribut dan hujan lebat turut menyebabkan tiang-tiang elektrik di kampung terbabit tumbang.
Difahamkan, ada penduduk turut merakamkan fenomena belalai air semasa kejadian terbabit sebelum ia tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintdan Kasim Muda berkata, kejadian angin kencang telah merosakkan bumbung zink rumah mangsa.
Menurutnya, ada penduduk melaporkan rumah mereka mengalami kerosakan sehingga 50 peratus terutama pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.
“Bekalan elektrik keseluruhan kampung juga terputus akibat tiang elektik yang tumbang.
“Selain itu terdapat juga pokok tumbang yang telah mengakibatkan papan tanda sekolah kampung berkenaan rosak.
“Namun setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
#ribut #musnah #rumah #Beluran #Kampung Keniogan #hujan lebat