Ribut melanda Kampung Sireh, gerai dan khemah peniaga rosak

Muhafandi Muhamad
Jun 6, 2021 03:45 MYT
Selain gerai, rumah flat yang didiami tiga beranak termasuk warga emas berusia 93 tahun turut rosak dan digenangi air. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Kejadian ribut berserta hujan lewat petang Sabtu memusnahkan sebuah gerai dan merosakkan dua buah lagi khemah peniaga di Kampung Sireh, Kota Bharu.
Selain gerai, rumah flat yang didiami tiga beranak termasuk warga emas berusia 93 tahun turut rosak dan digenangi air.
Ribut berserta hujan lebat dilaporkan berlaku seketika sekitar jam 6.30 petang.
Flat berkenaan juga sudah uzur dan sebahagian penghuninya sudah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wakaf Mek Zainab.
Bagaimanapun, masih terdapat 40 keluarga di flat berkenaan yang belum lagi berpindah kerana masih menunggu penempatan dan permohonan PPR.
#ribut #gerai #rosak #peniaga #Kampung Sireh #warga emas