KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut berhampiran Stesen Petronas Alam Damai, Taman Len Sen, Cheras di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Dalam satu video berkaitan kejadian itu yang tular, kelihatan orang ramai yang berteduh di stesen minyak berkenaan mengalihkan tubuh mangsa dari bawah pokok tumbang itu.
Mayat mangsa kemudian diangkat meredah hujan lebat dan ribut ke stesen minyak berkenaan sementara menunggu pasukan perubatan tiba.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini, berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan kematian mangsa.
Selain itu, JBPM menerima enam lagi laporan pokok tumbang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, petang tadi, termasuk di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam dan Kampung Padang Merbuk.
Selain itu, Jalan Melati, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)-Hulu Klang; kawasan berhampiran Wisma Tani, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tijani, Bukit Tunku.
"Sejak jam 4.30 petang tadi sehingga jam 6 petang, pihak bomba melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang seterusnya memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairunnisa Kasnoon
Thu Apr 15 2021
Mangsa yang berusia 20 tahun maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. - Gambar/ Media sosial
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.
Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.
Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan
Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Bukit Gambir, di sini pada petang Selasa.
Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah stesen MRT.
Kadar upah: Penghantar minta UMNO, TPM campur tangan
Adul Hakim mendakwa, skim baharu kadar upah pengambilan dan penghantaran berkuat kuasa 16 Jan lalu menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
Penghantar makanan rugi lebih RM75,000 dalam pelaburan tidak wujud
Mangsa membuat pembayaran sebanyak enam kali transaksi ke dalam empat akaun syarikat bagi tujuan pelaburan pada tempoh 25 Okt hingga 24 Nov.
Polis lengkapkan kertas siasatan kes gaduh penghantar makanan, 'pak guard'
Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes pergaduhan melibatkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di ibu kota dekat sini.
Penghantar makanan tendang motosikal sendiri, tak puas hati kena tarik
Berang motosikal ditarik kerana mempunyai tunggakan selama 34 bulan menyebabkan seorang penghantar makanan merosakkan motosikal miliknya.
Penghantar makanan mengaku buat panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang
Seorang penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membuat panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang, Chemor, minggu lepas.