Ribut petir dijangka landa beberapa negeri malam ini - MetMalaysia

Hilmi Malik
Ogos 26, 2022 10:57 MYT
Antara negeri yang terkesan ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran cuaca ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan bermula pukul 9 malam ini.
Antara negeri yang terkesan terdiri daripada Perak (Kuala Kangsar, Kinta), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang) dan Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang).
Selain itu, antara kawasan lain yang turut terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis), Miri (Subis, Beluru, Miri, dan Marudi) serta Limbang.
Perkongsian itu dimuat naik MetMalaysia di laman Twitter.
Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi berdepan sebarang kemungkinan.

AMARAN RIBUT PETIR. #ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/IpFmQcbMpw

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ribut petir #MetMalaysia #Jabatan Meteorologi #cuaca buruk