PUTRAJAYA: Ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada petang dan malam di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan kebanyakan kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga Khamis depan ketika fasa lemah Monsun Barat Daya sedang berlaku sekarang.
Menurut Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA), negara masih mengalami musim Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada pertengahan September dan monsun itu mempunyai dua fasa iaitu fasa kuat (aktif) dan fasa lemah (kurang aktif).
Semasa fasa kuat, angin barat daya bertiup secara konsisten dan keadaan cuaca secara relatifnya kering, dan sebaliknya semasa fasa lemah iaitu cuaca yang lembap disebabkan corak angin tiupan yang berbeza daripada semasa fasa aktif.
"Lazimnya terdapat penumpuan angin yang menyebabkan pergerakan udara ke atas ataupun tiupan angin yang lemah.
"Kedua-dua keadaan tersebut menyebabkan ribut petir dan hujan berlaku pada waktu petang sehingga malam," menurut KASA dalam kenyataan hari ini.
KASA memaklumkan, kejadian ribut petir berserta hujan lebat telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor semalam (20 Ogos).
Berdasarkan pemantauan cuaca dan analisa imej radar, awan aktif telah terbentuk di kawasan pedalaman negeri-negeri pantai barat merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sekitar 2 petang pada hari berkenaan.
"Keamatan semakin meningkat sehingga meliputi hampir seluruh pantai barat Semenanjung pada sebelah petang.
"Pencerapan udara atas menunjukkan berlaku pertembungan angin dari arah barat laut dan tenggara yang membawa kelembapan tinggi dari Laut Andaman dan Selat Melaka, seterusnya menyumbang kepada pembentukan awan aktif dalam tempoh tersebut," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021
Menurut Kementerian Alam Sekitar Dan Air, negara masih mengalami musim Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada pertengahan September dan monsun itu mempunyai dua fasa iaitu fasa kuat (aktif) dan fasa lemah (kurang aktif). - Gambar hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Beberapa kawasan di 11 negeri diramal alami hujan lebat, angin kencang petang ini
Beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di 9 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 6 petang ini.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, tiga Wilayah Persekutuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Monsun Timur Laut: Amaran hujan lebat di 9 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya petang ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 6 petang hari ini.
Hujan lebat landa Kuala Lumpur, DBKL pantau situasi semasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang memantau situasi semasa di beberapa kawasan yang dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat di ibu negara, pada petang Jumaat.