KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah selama tiga hari bermula hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sarawak dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan).
Pada sebelah malam, ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Sabah (Pedalaman) dan Labuan.
Selain itu, ribut petir dijangka berlaku pagi esok di Sabah (Sandakan dan Kudat) selain hujan di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Pulau Pinang (kawasan pantai), Negeri Sembilan (kawasan pedalaman) dan beberapa kawasan di Sarawak.
Pada petang Selasa, ribut petir dijangka melanda seluruh Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.
Sementara itu, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu di Sarawak dan Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) pula dijangka hujan malam esok.
Pada Rabu, MetMalaysia menjangka berlaku ribut petir di satu dua tempat di Tawau, Sabah selain hujan di beberapa kawasan di Sandakan dan Kudat, Kelantan, Terengganu, Pahang, kawasan pantai Pulau Pinang dan kawasan pedalaman Johor.
Pada sebelah petang Rabu pula ribut petir dijangka berlaku di seluruh Semenanjung selain hujan di Terengganu dan Kelantan manakala pada waktu malam ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman Pahang dan Sabah.
Hujan juga diramal pada waktu malam di seluruh Semenanjung kecuali Melaka, beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah (Tawau, Sandakan, Kudat) dan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022

Ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sarawak dan Sabah. - Gambar hiasan

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Andaian PH tidak dapat dukungan pengundi Melayu tidak benar - Anwar
Andaian kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dukungan pengundi Melayu iaitu hanya menerima 19 peratus undian kaum itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas adalah tidak benar.

Risiko banjir kilat di tiga negeri dalam tempoh 12 jam
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah melibatkan Johor, Pahang dan Sarawak.

Waspada! Hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah, Sarawak hingga Rabu
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 25 Januari 2023.

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di enam negeri, Wilayah Persekutuan
Negeri terlibat ialah Kedah, Perak serta Pahang.

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di sembilan negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kuar yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga 7 petang hari ini.

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di 10 negeri
Negeri-negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran ribut petir di Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung dan Bagan Datuk diikuti Dungun dan Kemaman.

Amaran ribut petir, hujan lebat di hampir semua negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri sehingga jam 8 malam pada Ahad.

Paras air Sungai Chalok, Setiu lepasi paras bahaya, trend menaik - Infobanjir
Paras air di Sungai Chalok di Setiu telah melepasi paras bahaya pada Ahad.

MetMalaysia ramal hujan di timur, utara Sabah
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut dijangka dalam tempoh sama di beberapa kawasan.

Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga jam 7 malam - MetMalaysia
MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.