[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Bapa Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia

Bernama 20/07/2025 | 15:45 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 2 pagi esok. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 2 pagi esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung serta Bagan Datuk.

"Turut terjejas ialah beberapa kawasan di Pantai Timur melibatkan Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut dan Setiu)," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

#MetMalaysia #hujan lebat #ribut petir #angin kencang di enam negeri