MALAYSIA

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di empat negeri - MetMalaysia

Astro Awani 28/06/2025 | 01:20 MYT
Amaran ini dikeluarkan berdasarkan tanda-tanda awal kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 12 tengah hari ini.
Menurut kenyataan rasmi MetMalaysia, kawasan yang terlibat termasuk:
Amaran ini dikeluarkan berdasarkan tanda-tanda awal kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, yang dijangka berlaku dalam tempoh melebihi satu jam.
MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa merujuk kepada portal rasmi MetMalaysia atau aplikasi MyCuaca bagi maklumat terkini.
#ribut petir #hujan lebat #angin kencang #MetMalaysia