Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung bermula Selasa

Sinar Harian
September 30, 2023 10:08 MYT
Keadaan itu berlaku dalam tempoh lebih panjang di kawasan utara Semenanjung termasuk perairan negeri terbabit susulan penumpuan angin. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung bermula 3 hingga 5 Oktober ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model cuaca, keadaan itu berlaku dalam tempoh lebih panjang di kawasan tersebut termasuk perairan negeri berkenaan susulan penumpuan angin.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my.
“Ia termasuk media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. - Sinar Harian
#ribut petir #monsun timur laut #MetMalaysia #hujan lebat