awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin

Bernama
Bernama
10/07/2021
02:16 MYT
Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin
Keadaan ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.
KUALA LUMPUR: Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di kawasan pantai di beberapa negeri utara Semenanjung hingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan lewat malam tadi memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.
"Keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh," menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan Selat Melaka Utara dalam tempoh tersebut dan ia boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#petir
#hujan
#Semenanjung
#banjir
#air laut
#pesisir pantai
#Sungai
#MetMalaysia
#angin kencang
#kerosakan
#Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan