MALAYSIA
Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri hingga 4 petang ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di tujuh negeri termasuk Perak, Terengganu, dan Pahang hingga petang ini. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 4 petang ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).
Amaran sama dikeluarkan bagi Selangor (Sabak Bernam), Johor (Mersing) serta Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang
Selain itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) bagi Terengganu dan Kelantan hingga 26 Nov ini.
Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan kedua-dua negeri.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Amaran kenaikan paras air laut turut dikeluarkan oleh MetMalaysia yang dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan hingga esok, dan keadaan itu membawa risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di tujuh negeri termasuk Perak, Terengganu, dan Pahang hingga petang ini.
- Amaran juga dikeluarkan bagi Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, serta kawasan perairan Terengganu dan Kelantan hingga 26 November.
- Cuaca buruk ini boleh membawa kesan kepada keselamatan bot kecil, rekreasi laut, sukan laut, dan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).
Amaran sama dikeluarkan bagi Selangor (Sabak Bernam), Johor (Mersing) serta Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang
Selain itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) bagi Terengganu dan Kelantan hingga 26 Nov ini.
Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan kedua-dua negeri.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Amaran kenaikan paras air laut turut dikeluarkan oleh MetMalaysia yang dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan hingga esok, dan keadaan itu membawa risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berdasarkan artikel ini?
A: Amaran cuaca buruk termasuk ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dikeluarkan untuk tujuh negeri termasuk Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, serta kawasan perairan Terengganu dan Kelantan. - Q: Apakah kawasan-kawasan yang terjejas oleh amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh MetMalaysia?
A: Kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, dan Batang Padang), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan, dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam), Johor (Mersing), Sarawak, Sabah, serta kawasan perairan Terengganu dan Kelantan. - Q: Apakah kesan angin kencang dan laut bergelora yang dijangka melanda kawasan perairan Terengganu dan Kelantan?
A: Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Terengganu dan Kelantan, yang berpotensi membahayakan bot kecil, rekreasi laut, dan sukan laut.