awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara sehingga 6 petang

Bernama
Bernama
06/11/2024
07:37 MYT
Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara sehingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda di hampir seluruh negara sehingga 6 petang ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda di hampir seluruh negara sehingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2.20 petang ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Cuaca yang sama dijangka turut melanda Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan), Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Mersing).
Sementara itu, di Sarawak cuaca yang sama dijangka melanda Kuching, Samarahan, Asajaya, Sarikei, Sibu dan Selangau, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi), dan Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman seperti Sipitang dan Beaufort, serta Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#ribut petir
#MetMalaysia
#seluruh negara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan