awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut Sekinchan: Bomba ambil langkah berwaspada

Bernama
Bernama
11/03/2025
23:00 MYT
Ribut Sekinchan: Bomba ambil langkah berwaspada
Wan Md Razali berkata pihaknya memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutamanya di Sekinchan. - Foto BERNAMA
SABAK BERNAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil langkah berjaga-jaga dengan menumpukan kepada kekerapan berlakunya puting beliung atau ribut di negeri itu.
Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutamanya di Sekinchan
"Perkara itu, antara usul yang akan dibawa pihaknya dalam mesyuarat penyelarasan melibatkan semua jabatan bomba seluruh negara pada 20 Mac ini di Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Zon 7 Sabak Bernam 2025 di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan di sini pada Selasa.
Wan Md Razali berkata persediaan untuk menghadapi bencana ribut juga akan dibawa dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri pada Khamis ini, yang lazimnya hanya memfokuskan kepada persediaan menghadapi cuaca panas dan kebakaran.
Terdahulu, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 13 individu dari tiga keluarga selepas 30 kediaman di Taman Ria, Sekinchan dekat sini dilanda ribut kira-kira 4.50 petang Selasa.
Sebelum ini, lapan rumah di Jalan Ban Lesen Parit 4 di Sekinchan dilaporkan rosak teruk dalam kejadian ribut sekitar 7 pagi pada 6 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#puting beliung
#ribut
#Sekinchan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan