MALAYSIA
Ribut Tropika Senyar: 49 kes pokok tumbang, satu kematian dilaporkan - KP Bomba
Nor Hisham semasa sidang media pada majlis sambutan Hari Integriti JBPM 2025, hari ini. - Foto Bernama
MELAKA: Ribut Tropika Senyar yang melanda beberapa negeri sejak petang semalam bukan sahaja menyebabkan 49 kes pokok tumbang direkodkan, malah turut meragut satu nyawa dalam kejadian di Jalan Selandar-Machap, di sini awal pagi tadi.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata walaupun bukan secara langsung daripada ribut, namun kematian penunggang motosikal dalam kejadian terbabit adalah akibat melanggar pokok yang tumbang kesan ribut berkenaan.
Beliau berkata keseluruhannya Negeri Sembilan mencatatkan kesan paling teruk, termasuk masing-masing satu insiden cerun runtuh dan runtuhan struktur, selain dua kes banjir.
"Negeri Sembilan juga merekodkan 33 kes pokok tumbang, diikuti Melaka (lapan), Selangor (lima), Putrajaya (dua) dan Perak (satu)," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat JBPM di Ayer Keroh, hari ini.
Beliau berkata meskipun Ribut Tropika Senyar telah melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca bertekanan rendah, JBPM tetap bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk peningkatan kes pokok tumbang dan cerun runtuh susulan struktur tanah yang menjadi lembut akibat hujan berterusan.
Sementara itu, Nor Hisham berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dinasihatkan supaya melakukan koordinasi dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi memastikan keselamatan semua pihak.
"Kita meraikan peranan NGO dan individu dalam membantu pemindahan serta penghantaran logistik, namun mereka perlu memaklumkan kepada PKOB selain memakai jaket keselamatan.
"Kita bimbang niat untuk membantu boleh mengundang risiko lain. Dalam masa yang sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengunjungi lokasi berisiko termasuk kawasan rekreasi," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ribut Tropika Senyar menyebabkan 49 kes pokok tumbang dan satu kematian di Jalan Selandar-Machap, Negeri Sembilan.
- Negeri Sembilan paling terjejas dengan 33 kes pokok tumbang, diikuti Melaka (lapan), Selangor (lima), Putrajaya (dua), dan Perak (satu).
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tetap waspada terhadap kemungkinan kesan lanjutan ribut, serta menasihati NGO dan individu yang memberi bantuan banjir untuk berkoordinasi dengan pusat kawalan operasi bencana.