MALAYSIA
Ribut Tropika Senyar: Ab Rauf seru nelayan, peniaga berhati-hati dan siap siaga
Ab Rauf berkata, ramalan mengunjurkan ribut tropika yang sedang menghampiri perairan Selat Melaka akan menyebabkan angin kencang dan hujan lebat berterusan. - Gambar fail
MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyeru nelayan yang mencari rezeki di laut serta peniaga yang berniaga di kawasan terbuka dan berhampiran pantai agar lebih berhati-hati dan bersiap siaga susulan Ribut Tropika Senyar.
Beliau berkata ramalan mengunjurkan ribut tropika yang sedang menghampiri perairan Selat Melaka akan menyebabkan angin kencang dan hujan lebat berterusan.
"Saya mohon tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak Melaka semua utamakan keselamatan dan jauhi kawasan yang berisiko. Keselamatan rakyat Melaka adalah keutamaan saya.
"Saya telah mengarahkan semua agensi keselamatan dan penyelamat termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) untuk berada dalam kesiapsiagaan maksimum, bersedia membantu pada bila-bila masa jika berlaku sesuatu di luar jangka," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Beliau turut melahirkan solidariti terhadap mangsa yang terkesan dengan bencana di negeri-negeri lain serta negara jiran, Indonesia yang sedang diuji dengan banjir besar.
"Moga Allah mengurniakan kekuatan, melindungi kita semua dan mempermudahkan urusan setiap mangsa," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip sebelum ini dilaporkan berkata Ribut Tropika Senyar dikesan memasuki perairan Selat Melaka sejak 3.30 petang tadi dan dijangka menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora.
-- BERNAMA