MALAYSIA
Ribut tropika Senyar: Selangor kerah agensi negeri, aset hadapi cuaca mencabar - MB
Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor sedia menghadapi kemungkinan cuaca tidak menentu ketika Ribut Tropika Senyar melanda. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selangor bersedia menghadapi ribut tropika Senyar, sebanyak 1,173 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan untuk menampung sekitar 244,000 mangsa banjir.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata semua agensi negeri, daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi keadaan cuaca yang dijangka mencabar.
"Ini merupakan kali pertama Selangor berdepan situasi ribut tropika yang berpotensi membawa angin mencecah 50 kilometer sejam serta hujan lebat berpanjangan sehingga 29 November.
"Kemudahan disediakan Kerajaan Negeri merangkumi sekolah, masjid, dewan dan balai raya, lengkap dengan keperluan asas,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.
DAPATKAN SEMUA BERITA TERKINI BERHUBUNG CUACA DI KAWASAN ANDA, WAKTU INI
Selain itu, sebanyak 344 kenderaan termasuk pacuan empat roda, lori berat dan 227 bot telah diletakkan di lokasi strategik untuk memastikan penghantaran bantuan kecemasan serta operasi mencari dan menyelamat dapat dijalankan segera.
“Saya telah mengarahkan pemeriksaan dilakukan terhadap semua aset ini supaya ia sedia digunakan pada bila-bila masa,” katanya.
Beliau menambah Selangor memiliki 45 stesen siren amaran yang akan diaktifkan sekiranya paras air menunjukkan petanda mencapai tahap bahaya.
“Penduduk Selangor diminta mematuhi setiap arahan pemindahan yang dikeluarkan. Jika siren dibunyikan dan arahan pemindahan diberikan, segera bertindak, daftarkan diri dan seisi keluarga di PPS berhampiran. Keutamaan kita ialah keselamatan semua warga Selangor,” tegas Amirudin.

#ribut tropika Senyar
#Amirudin Shari
#Pusat Pemindahan Sementara
#Selangor memiliki 45 stesen siren amaran