Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mendapatkan maklumat rasmi daripada agensi yang berkaitan berhubung kes melibatkan pedofil warga British, Richard Huckle.
Merujuk laporan media berhubung tuduhan jenayah pedofil itu ke atas 200 kanak-kanak termasuk di Malaysia, menteri berkenaan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim terkejut serta kesal dengan perlakuan jenayah tersebut khususnya apabila individu berkenaan berselindung di sebalik kerja kebajikan dan sukarela terhadap kanak-kanak.
"Justeru, KPWKM akan mendapatkan maklumat rasmi daripada agensi terlibat sebelum tindakan tegas diambil selaras dengan undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata KPWKM juga menyediakan Talian KASIH 15999 untuk orang ramai menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan kes berkenaan.
"Saya juga berharap semua pihak memberi perhatian terhadap sensitiviti mangsa dan keluarga yang terlibat," katanya.
Media British melaporkan bahawa jurugambar bebas Huckle, 30, mungkin telah mencabul hingga 200 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun dari tahun 2006 hingga 2014.
Rohani dalam pada itu berkata dengan pelaksanaan Rang Undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 kelak, satu daftar akan diwujudkan mengandungi maklumat pesalah yang telah disabitkan dengan kesalahan jenayah, termasuk kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak.
Bernama
Thu Jun 02 2016
Media British melaporkan bahawa jurugambar bebas Huckle, 30, mungkin telah mencabul hingga 200 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun dari tahun 2006 hingga 2014. - Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Gara-gara cemburu, wanita dipukul hingga mati
Mangsa mengalami kecederaan dan lebam di bahagian mata dan lengan selepas dipercayai dipukul dengan sebatang mop di ruang tamu.
Lelaki baru keluar penjara, ditahan semula kerana menyamun - Polis
Suspek yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau ditahan polis kira-kira pukul 11.10 malam Khamis di Petaling Jaya.
Richard Huckle: KPWKM akan dapatkan maklumat rasmi
KPWKM akan mendapatkan maklumat rasmi daripada agensi terlibat sebelum tindakan tegas diambil selaras dengan undang-undang Malaysia.
Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu
Operasi khas yang dianggotai lapan pegawai dan 44 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilaksanakan bagi mengawal kegiatan gangsterisme.