awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2025
03:50 MYT
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
Sukarelawan RichWorks bersama rakan strategik bergambar selepas menyertai kempen Jom Cuci Masjid di Masjid Chin Chin, Jasin. - Foto RichWorks
MELAKA: RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd., program itu dilaksanakan melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) bagi menyokong usaha Persatuan Jom Cuci Masjid membantu komuniti setempat.
“Alhamdulillah, sukarelawan kami terdiri daripada staf RichWorks, usahawan pementoran Titanium dan jemputan daripada Persatuan Jom Cuci Masjid bagi menjalankan kerja amal ini.
“Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, katanya.
RichWell turut menyumbang 50 kampit beras dan barangan keperluan asas kepada golongan asnaf di kawasan sekitar.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Jom Cuci Masjid, Abdul Jalil Kamaluddin, Penasihat Sifu Bikerz, Ustaz Hanafiah Abdul Malek dan Penaung RichWell, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
xxx
Para peserta bergotong-royong membersihkan kolah masjid sebagai sebahagian daripada aktiviti kempen Jom Cuci Masjid.- Gambar RichWorks
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk solat Dhuha berjemaah, sesi bicara santai, kerja mengecat dan mencuci masjid, serta membersihkan kawasan perkuburan bersama penduduk kampung.
Jelasnya, aktiviti seperti ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan komuniti, tetapi juga menyemai semangat gotong-royong dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.
“RichWorks terus komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak positif kepada masyarakat.
“Kami juga telah menjalankan program bimbingan keusahawanan selama tiga malam yang ditaja sepenuhnya pada awal tahun ini untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Tahun ini, kami berhasrat membantu lebih ramai usahawan mencapai jualan lebih RM10 juta setahun,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Jom Cuci Masjid, Abdul Jalil berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan badan korporat, syarikat dan orang ramai dalam kempen Jom Cuci Masjid yang diadakan setiap bulan.
“Alhamdulillah, kempen ini telah memasuki edisi ke-55. Sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang atau menyertai program ini, boleh menghubungi Persatuan Jom Cuci Masjid di talian 019-2787064,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Richworks
#Jom Cuci Masjid
#Richwell
#Masjid Chin Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan