Seorang lelaki cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.3 Lebuh Raya Maju Expressway (Mex), pada Ahad.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.24 petang.
Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dibantu BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.
"Menurut Komander Operasi PBK ll, Mohd Nasir Ahmad Malik, setibanya jentera di lokasi pihaknya mendapati sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale telah terbakar 95 peratus akibat kemalangan itu.
"Mangsa penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang telah dinaikkan dan diselamatkan oleh anggota bomba, seterusnya dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), menggunakan jentera EMRS.
"Sebuah lagi kenderaan turut terlibat dalam kemalangan itu ialah kereta jenis SUV, Lexus yang dipandu seorang lelaki," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, kenyataan itu menambah penunggang motosikal itu mengalami kecederaan di bahagian belakang manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Afiezy Azaman
Sun Jun 14 2020
Keadaan motosikal kuasa tinggi yang rentung selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis SUV di Lebuhraya Mex. - JBPM
Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.
Tidak sepatutnya persoal pendidikan calon PH - Nik Nazmi
Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak-anak merupakan hak ibu bapa.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.

World Central Kitchen (WCK) kembali operasi di Gaza
World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan beberapa kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan dari Israel kembali ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
PBB gesa Israel buka dua lintasan ke utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sahkan terdapat kemajuan tambahan ke arah mengelak kebuluran di utara Semenanjung Gaza, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan segera.
Undi calon berdasarkan rekod, bukan emosi - Azalina
Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dinasihatkan supaya tidak mengikut emosi ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 11 Mei ini.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sebaliknya, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya Lee Kee Hiong yang telah melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.

Anthony Blinken akan terus desak Netanyahu
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken akan terus mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengenai beberapa langkah yang masih diperlukan Israel untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza.
Mesir-Perancis sekali lagi bincang gencatan senjata
Tumpuan dunia kita sekali lagi terarah kepada usaha gencatan senjata di palestin oleh Mesir dan Gaza.
Kali ini, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry dan rakan sejawatnya dari Perancis Stephane Segournet, sepakat untuk menangani perkara penting itu bagi meredakan konflik di Timur Tengah yang semakin memuncak.

WCK kembali operasi di Gaza
WCK pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarahkan untuk menyalurkan lebihan dana Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), membabitkan pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan berkenaan.
'Rider' Panigale cedera kemalangan, motosikal terbakar
Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dibantu BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.