Rihana Oksana dicerai talak tiga?

Astro Awani
Julai 14, 2019 17:14 MYT
Kisah model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu mula diketahui ramai selepas tersebarnya gambar dan video berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan dipercayai pada November 2018. - Foto IG @RihannaPetra
Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko sah diceraikan talak tiga.
Salinan sijil perceraian itu memaparkan proses perceraian dipercayai berlaku di Singapura pada 22 Jun lalu. Perceraian berkenaan didaftarkan pada 1 Julai, 2019.
Sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan penceraian itu sudah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah di Kelantan. Dua nama saksi turut dipaparkan dalam sijil perceraian berkenaan.
Kisah model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu mula diketahui ramai selepas tersebarnya gambar dan video berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan dipercayai pada November 2018, memetik portal berita Daily Mail yang berpusat di United Kingdom.
Namun, lokasi perkahwinan berkenaan tidak dapat dikenal pasti.
Portal berita itu turut melaporkan wanita itu telah melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei, 2019.
Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu. Namun, dakwaan itu telah dinafikan bapa Rihana, Andrey Gorbatenko.
#Andrey Gorbatenko #Daily Mail #mahkamah syariah #Ratu Moscow 2015 #Rihana Oksana #Singapura #United Kingdom