Rindu bermain bola sepak? Ini tumpuan sidang media PKPP

Hasimi Muhamad
Julai 10, 2020 07:31 MYT
Kebenaran tersebut termasuk penganjuran Liga Super & Liga Premier bola sepak yang bermula 15 Ogos ini.
Peminat bola sepak negara pastinya gembira hari ini selepas penantian untuk melihat sukan kegemaran ramai itu kembali 'bernafas' akhirnya tercapai selepas kerajaan membenarkan penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton.
Kebenaran tersebut termasuk penganjuran Liga Super & Liga Premier bola sepak bermula 15 Ogos ini.
Berikut lima tumpuan sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:
1. Penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton melibatkan sukan tiada sentuhan fizikal dibenarkan bermula 15 Julai.
2. Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal temasuk sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, bola kerajang, sepak takraw serta sukan tempur dibenarkan mulai 15 Julai.
3. Penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton termasuk Liga Super & Liga Premier bola sepak dibenarkan bermula 15 Ogos.
4. Penganjuran acara antarabangsa melibatkan peserta dari luar negara tidak dibenarkan lagi buat masa ini.
5. Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju buka semula pusat hiburan keluarga, karaoke setelah meneliti pembentangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
#bola sepak #COVID-19 #hiburan #ismail sabri yaakob #keluarga #Liga Super & Liga Premier #MOTAC #pelancongan #sukan