KUALA LUMPUR: Ringgit kekal di bawah tekanan ketika hasil pebincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus mencetuskan ketidaktentuan yang ketara.
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tindakan Fitch Ratings menyenaraikan dana berdaulat kerajaan AS dalam Pemantauan Penarafan Negatif selanjutnya, hanya menunjukkan potensi penurunan penarafan yang terus ketara.
''Ini mungkin menjadi sebab mengapa pulangan hasil kertas 10 tahun Perbendaharaan AS yang tinggi menghampiri lapan mata asas kepada 3.82 peratus.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan ketidaktentuan akan terus ketara dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata gandingan ringgit-dolar AS kekal lemah dengan kadar perukaran ditutup lebih rendah sebanyak 0.72 peratus semalam berbanding sehari sebelumnya, sekali gus melepasi paras rintangan sebelum ini pada 4.7495.
Dari segi carta teknikal, beliau menjangkakan tahap rintangan seterusnya pada 4.7495.
''Masih belum jelas sama ada Kongres AS akan bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang tidak lama lagi.
"Aspek politik juga bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan ketika pihak Republikan berkemungkinan dilihat hanya memanfaatkan keadaan selepas kadar sokongan terhadap presiden terus rendah.
"Atas alasan itu, perincian perjanjian terbabit adalah penting kerana membabitkan aspek mengenai potongan perbelanjaan dan kesannya terhadap pertumbuhan," katanya.
Menurutnya, setakat ini data dilihat agak positif dengan Tuntutan Awal Pengangguran AS susut kepada 229,000 minggu lepas berbanding 242,000 sebelum ini manakala anggaran kedua bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 negara maju itu menokok 1.3 peratus berbanding unjuran 1.1 peratus.
Susulan itu, katanya, dolar AS dijangka terus mendapat permintaan tinggi.
Di peringkat tempatan, pelabur akan memantau data inflasi April 2023 yang akan diumumkan hari ini.
Sebelum ini, inflasi Mac 2023 turun kepada 3.4 peratus daripada 3.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya lebih mengukuh berbanding mata wang utama kecuali berbanding euro yang susut kepada 4.9635/9662 daripada 4.9630/9673 pada sesi akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun pada 3.3086/3106 daripada 3.3141/3172 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7026/7057 daripada 5.7247/7296.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur mata wang Asean lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.4168/4191 daripada 3.4202/4237 semalam dan naik berbanding baht Thailand pada 13.3306/3440 daripada 13.3602/3776.
Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.8 daripada 309.2/309.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.25/8.26.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan. -Gambar fail

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Tindakan MP Pendang bandingkan saya dengan Tun M tidak masuk akal - Anwar
Tindakan tersebut didorongi oleh niat jahat yang jelas dan nyata serta semua rujukan kepada Dr Mahathir tidak sepatutnya dibuat oleh defendan (Awang Solahuddin).

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini
Mahkamah Tinggi memaklumkan nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu bakal ke tali gantung atau sebaliknya bakal diketahui 17 Julai ini.

Tekanan terhadap ringgit diharap berkurangan selepas kemelut hutang AS selesai - Ahmad Maslan
Tekanan terhadap mata wang ringgit berbanding dolar AS diharap akan berkurangan apabila isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) selesai dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Nilai ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Ringgit diniagakan lebih lemah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini
Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6040/6080 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada paras 4.6030/6060.

Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Isnin di tengah-tengah kebuntuan mengenai siling hutang AS.

Ringgit melantun semula ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.5970/6035 berbanding dolar AS meningkat daripada paras penutup 4.6245/6285 pada Khamis.

Ringgit dibuka rendah, kemelut hutang AS beri kesan terhadap permintaan
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, cecah paras 4.6
Pada 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.6090/6130 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.5920/5950.

Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS apabila nilai dolar AS kekal kukuh, didorong oleh lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS di tengah-tengah ketidaktentuan yang menyelubungi perbincangan siling

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.5700/5750 berbanding dolar AS daripada 4.5470/5515 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ringgit dibuka rendah sedikit, permintaan untuk dolar AS meningkat
Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5475/5520 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.5470/5515.