KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain hari ini disokong oleh harga minyak mentah yang tinggi, kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.6850/6880 berbanding paras penutup 4.6865/6920 pada Jumaat minggu lepas.
Setakat 6.13 petang, minyak mentah penanda aras Brent meningkat sedikit sebanyak 0.44 peratus kepada US$93.68 setong, minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) naik 0.33 peratus kepada AS$90.33 setong.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berusaha memperlahankan permintaan pengguna negara itu pada Jumaat, Rusia mengumumkan larangan eksport petrol dan diesel yang seterusnya memberi sokongan kepada harga minyak.
"Meskipun kebimbangan pasaran hartanah di China dan hasil Amerika Syarikat (AS) yang tinggi, ringgit mencatatkan prestasi lebih baik daripada jangkaan kemungkinan mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak," katanya kepada Bernama.
Sementara itu ketua ahli ekonomi dan ketua kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit stabil pada RM4.68 berbanding dolar AS di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Ketidaktentuan ekonomi masih berlarutan apabila Kongres AS sepatutnya meluluskan rang undang-undang perbelanjaan pada akhir September yang sekiranya masih tidak mencapai kata putus akan menyebabkan penutupan operasi kerajaan.
"Sekiranya berlaku penutupan operasi kerajaan, ketidakpastian akan terarah kepada tempoh masa penutupan dan bagaimana ia mungkin memberi impak kepada ekonomi AS," katanya kepada Bernama.
Buat masa terdekat ini, ringgit berbanding dolar AS dijangka berada dalam jajaran kecil, katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1523/1546 daripada paras penutup 3.1593/1632 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding euro kepada 4.9825/9857 daripada 4.9860/9918 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7274/7311 daripada 5.7372/7439.
Sementara itu ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali berbanding peso Filipina pada 8.25/8.26.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4295/4319 daripada 3.4313/4359 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding baht Thai kepada 12.9642/9772 daripada 13.0119/0322 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 304.1/304.5 daripada 304.7/305.3 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.6850/6880 berbanding paras penutup 4.6865/6920 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar hiasan/REUTERS

40 tempat teduhan penunggang motosikal di lebuh raya berjaya dibina - Nanta
Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi

Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023
Industri masakan Malaysia mencapai prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah daripada 11 pencalonan di anugerah buku, Gourmand World Cookbook Awards 2023.

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.

Ringgit rendah berbanding dolar AS bagi hari kedua berturut-turut
Pada pukul 6 petang, ringgit susut kepada 4.6665/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit meningkat semula kepada 4.6495/6550 berbanding dolar AS daripada 4.6690/6725 ketika ditutup pada Selasa.

Firma Jerman jangka tahun 2024 mencabar untuk Malaysia
Antara faktor yang mempengaruhi adalah ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah tinggi.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6735/6805 berbanding dolar AS 4.6505/6560 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7165/7210 berbanding dolar AS 4.7065/7105 ketika ditutup pada Jumaat.

Ringgit meneruskan aliran menurun, ditutup rendah hari keempat berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7065/7105 berbanding dolar AS 4.6895/6965 ketika ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6675/6725 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6340/6400 pada Isnin.

Perkembangan ringgit tidak jejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Perkembangan ringgit dijangka tidak akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit ditutup tinggi selepas OPR kekal pada 3.00 peratus
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7485/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7695/7735 sewaktu ditutup semalam.