awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risikan, kesan pergerakan Israel di Malaysia perlu dipertingkat

Bernama
Bernama
30/03/2024
07:46 MYT
Risikan, kesan pergerakan Israel di Malaysia perlu dipertingkat
Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Malaysia menjadi perhatian Israel kerana pendirian tegas negara terhadap Israel. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru pihak berkuasa meningkatkan risikan dan mengesan sebarang pergerakan operasi Israel terhadap Malaysia ekoran penahanan seorang warga Israel di sini, Rabu lepas.
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Malaysia menjadi perhatian Israel kerana pendirian tegas negara terhadap Israel.
"Malaysia tertonjol antara negara yang tegas mengecam Israel dan menggerakkan kempen antarabangsa menyokong Palestin.
"Rakyat Malaysia juga amat aktif menentang Israel termasuk melancarkan boikot ke atas barangan Israel," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.
Razarudin berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia menerusi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lepas menggunakan pasport Perancis.
Mohd Azmi berkata kes berkenaan amat serius dan Mapim menyokong agar tahap kawalan keselamatan terhadap golongan kenamaan termasuk ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditingkatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAPIM
#warga Israel ditahan
#risikan
#operasi Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan