awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko jangkitan COVID-19 kepada penduduk Sri Andalas sangat rendah - CAC Klang

Bernama
Bernama
15/07/2021
20:15 MYT
Risiko jangkitan COVID-19 kepada penduduk Sri Andalas sangat rendah - CAC Klang
PKDK turut menjelaskan pemilihan Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas sebagai CAC adalah kerana lokasi fasiliti berkenaan berhampiran dengan hospital. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Risiko jangkitan COVID-19 secara aerosol (bawaan udara) kepada penduduk Taman Sri Andalas, Klang, dekat sini susulan pengoperasian Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas adalah sangat rendah.
Pejabat Kesihatan Daerah Klang (PKDK) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan ia berikutan jarak antara dewan ke rumah terdekat adalah melebihi dua meter dan risiko jangkitan daripada pesakit yang beratur kepada komuniti juga adalah minimum kerana pesakit berada di luar bangunan yang mana kepekatan zarah virus adalah rendah disebabkan pengudaraan yang baik.
PKDK turut menjelaskan pemilihan Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas sebagai CAC adalah kerana lokasi fasiliti berkenaan berhampiran dengan hospital iaitu dalam jarak satu kilometer dan memudahkan ambulans menghantar kes COVID-19 kategori empat serta lima ke fasiliti itu untuk rawatan lanjut.
"Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas ini juga bersaiz besar dan memenuhi keperluan CAC termasuk ruang pendaftaran, penilaian doktor, pemotongan gelang dan borang kuarantin, katil pemerhatian serta rawatan yang dilengkapi tong bekalan oksigen," menurut hantaran itu.
Sebelum ini media melaporkan pembukaan CAC di dewan tersebut mendapat bantahan daripada penduduk setempat yang menyuarakan kebimbangan kemungkinan akan berlaku peningkatan kes COVID-19 di kawasan tempat tinggal mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bawan udara
#aerosol
#Taman Sri Andalas
#Pejabat Kesihatan Daerah Klang
#PKDK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan