awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan

Bernama
Bernama
23/11/2017
08:34 MYT
Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan
Obesiti bukan masalah sekolah tetapi masalah masyarakat yang harus ditangani secara bersama. - Gambar hiasan
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang diumumkan hari ini menimbulkan kebimbangan terhadap risiko obesiti dalam kalangan murid tahun enam apabila seramai 58,294 daripada mereka merekodkan Indeks Jisim Badan (BMI) berlebihan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin semasa membentangkan laporan PPSR yang pertama di sini hari ini berkata seramai 56,584 murid pula dikategorikan sebagai berisiko berat badan berlebihan.
Katanya, isu itu perlu ditangani secara serius memandangkan angka itu adalah petunjuk yang boleh digunakan untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera pada masa akan datang.
"Obesiti bukan masalah sekolah, tetapi masalah masyarakat, sebab itu kita harus tangani secara bersama," katanya pada sidang media PPSR 2017 di sini.
Beliau berkata ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (Segak) yang dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos lepas pula menunjukkan 27,031 murid berada pada tahap kurang cergas dan 3,644 murid lagi berada pada tahap tidak cergas.
PPSR dilaksanakan merangkumi empat komponen bagi menilai kemenjadian murid iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR); pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum; serta pentaksiran psikometrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Amin Senin
#Ketua Pengarah Pelajaran
#obesiti
#Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
#PPSR
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan