MALAYSIA
'Risiko standard' EUDR: Malaysia terus berunding dengan EU
Chan Foong Hin berkata antara yang dibincangkan ialah ketepatan data hutan terkini negara yang akan diserahkan kepada FAO bagi laporan FRA, untuk proses klasifikasi Malaysia di bawah EUDR. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pihak Kesatuan Eropah (EU) dan organisasi global untuk mengeluarkan Malaysia daripada status 'risiko standard' di bawah sistem penanda aras Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata antara yang dibincangkan ialah ketepatan data hutan terkini negara yang akan diserahkan kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) bagi laporan Penilaian Sumber Hutan Global (FRA), untuk proses klasifikasi Malaysia di bawah EUDR.
"Kerajaan akan terus dengan cara atau pendekatan libat urus ini hingga kita dikeluarkan daripada 'risiko standard' ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) berhubung pendekatan diplomatik, teknikal dan dasar yang diambil kerajaan untuk berunding dengan EU bagi membantu pekebun kecil agar tidak terjejas dengan halangan bukan tarif yang dikenakan ke atas Malaysia.
Katanya klasifikasi 'risiko standard' oleh EUDR adalah tidak mencerminkan kemajuan sebenar yang dicapai Malaysia.
Beliau berkata Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) negara telah mencecah 85 peratus dan liputan hutan juga mencatatkan lebih 54 peratus berbanding di EU, yang hanya kira-kira 39 peratus.
Chan berkata usaha juga diperluas dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pelaksanaan EUDR di peringkat nasional melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berkaian dan Pasukan Petugas Bersama (Ad Hoc JTF) dengan kerjasama Indonesia dan EU untuk membincangkan kaedah pelaksanaan terbaik dalam memenuhi keperluan EUDR.
Katanya Malaysia turut membincangkan impak pelaksanaan EUDR dengan negara pengeluar komoditi melalui platform kerjasama seperti Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan Pertubuhan Koko Antarabangsa (ICCO).
Beliau berkata kerajaan juga meningkatkan daya saing industri agrikomoditi antaranya meluaskan penggunaan produk agrikomoditi dalam kalangan pengguna di negara-negara pengimport melalui perjanjian perdagangan bebas sama ada secara dua hala, pelbagai hala atau serantau.
"Program ini dilaksanakan untuk mengukuhkan amalan pertanian mampan dan memastikan pekebun kecil tidak tercicir daripada rantaian bekalan ke pasaran Eropah.
"Kementerian akan terus melaksanakan libat urus dengan semua pemegang taruh bagi memastikan pelaksanaan EUDR tidak akan memberi impak negatif kepada sektor agrikomoditi negara," katanya.
Beliau berkata potensi pasaran baharu akan terus diteroka selain memperkukuh bahagian negara dalam pasaran tradisional sedia ada.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan akan terus mengadakan sesi libat urus dengan EU dan organisasi global bagi mengeluarkan Malaysia daripada status 'risiko standard' di bawah Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR), termasuk penyerahan data hutan terkini kepada FAO.
- Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Khas Pelaksanaan EUDR dan Pasukan Petugas Bersama dengan Indonesia dan EU, serta menggunakan platform seperti CPOPC, ITRC dan ICCO untuk membincangkan impak dan pelaksanaan terbaik EUDR.
- Usaha turut digiatkan untuk memperkukuh daya saing agrikomoditi negara melalui pensijilan MSPO, perjanjian perdagangan bebas dan program sokongan kepada pekebun kecil agar tidak tercicir daripada rantaian bekalan ke pasaran Eropah.