[TERKINI] Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Rita Sosilawati diminta tampil lapor polis dakwaan terima bungkusan ganja

Ernalisa Othman 08/08/2025 | 06:40 MYT
Rita menerusi akaun media sosial Threads mendakwa dianiaya apabila adiknya menerima bungkusan mencurigakan yang dihantar ke kediaman mereka oleh individu tidak dikenali. - IG @ Rita Sosilawati
KUALA LUMPUR: Polis meminta ahli perniagaan, Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati, tampil membuat laporan berhubung dakwaan menerima bungkusan disyaki mengandungi ganja di kediaman ahli keluarganya.


Ringkasan AI
  • Polis meminta Rita Sosilawati tampil membuat laporan rasmi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan bungkusan disyaki mengandungi ganja dihantar ke rumah adiknya oleh individu tidak dikenali.
  • Rita mendakwa di media sosial bahawa bungkusan dari Thailand mengandungi tujuh gram ganja dan pegawai Kastam telah datang ke kediaman mereka, serta menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan keluarga.
  • JSJK Bukit Aman belum menerima laporan rasmi dan menasihatkan mana-mana individu terkesan agar tampil segera bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi daripada Rita atau mana-mana pihak berkaitan perkara itu.

“Saya menyeru dan menasihatkan mana-mana individu yang terkesan, iaitu Rita Sosilawati, untuk tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan secara menyeluruh,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, pada Jumaat

Pada Rabu lalu, Rita menerusi akaun media sosial Threads mendakwa dirinya dianiaya apabila adiknya menerima bungkusan mencurigakan yang dihantar ke kediaman mereka oleh individu tidak dikenali.

Scam terbaharu, alamat rumah pun dah tak selamat. Semalam pegawai Kastam datang rumah adik. Mereka kesan parcel alamat rumah yang dihantar dari Thailand mengandungi ganja seberat tujuh gram,” katanya dalam hantaran tersebut.

Rita turut mendakwa bahawa laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu dan menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya susulan kejadian berkenaan.




#Rita Sosilawati ta #bungkusan ganja #PDRM #kastam