awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rithuan Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

Bernama
Bernama
19/09/2022
12:31 MYT
Rithuan Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (tengah) menyampaikan Watikah Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) baharu kepada Rithuan Ismail (kanan) di Menara PL hari ini. - Foto Bernama
LABUAN: Rithuan Ismail dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan (LC) berkuat kuasa 1 Okt hingga 30 Sept 2024.
Beliau menggantikan Dr Fary Akmal Osman yang kontraknya tamat pada 8 Okt 2021.
Rithuan, 54, warga Labuan pertama yang dilantik ke jawatan eksekutif tertinggi dalam pihak berkuasa tempatan itu, telah berkhidmat dengan LC sejak 1994 semasa dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Labuan, sebelum menjadi perbadanan pada 2001.
Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai UiTM) dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi dan Perakaunan) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim menyampaikan watikah pelantikan itu hari ini selaras dengan subseksyen 10 (1) Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609) di Menara Perbadanan Labuan di sini, disaksikan oleh Pengerusi LC Senator Datuk Bashir Alias.
"Dengan keupayaan dan pengalaman luas beliau dalam perbadanan ini, saya yakin Rithuan akan dapat membawa LC ke tahap yang lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan itu.
Shahidan berkata Rithuan bersama Bashir, kini perlu menumpukan perhatian untuk menarik pelabur tempatan dan asing ke pulau itu.
"Labuan memerlukan pelaburan untuk meningkatkan ekonominya, LC kini mesti memberi tumpuan kepada bagaimana ia boleh menarik pelabur dan memudahkan pelaburan mereka di pulau ini," katanya.
Shahidan turut mengarahkan LC, sebagai agensi utama di Wilayah Persekutuan ini, untuk menyelaraskan peruntukan bagi pembangunan dan program daripada pelbagai agensi kerajaan demi kepentingan rakyat di pulau tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perbadanan Labuan
#Rithuan Ismail
#eksekutif tertinggi
#Lembaga Pembangunan Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan