IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh berhubung ritual menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS di Teluk Intan seperti yang tular di media sosial pada Rabu.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
"JAIPk membuka kertas siasatan berhubung perkara ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara seumpama ini dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat," katanya hari ini.
Video berdurasi 25 minit yang tular di laman sosial Facebook itu memperlihatkan Ibrahim bersama seorang wanita dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.
BACA: Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Berdasarkan video itu, mereka turut menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu di samping kelihatan naskhah kitab suci al-Quran dan surah Yassin di hadapan mereka.
Ibrahim yang memakai kot hitam beserta tengkolok dan berselempang merah menyebut upacara yang dijalankan itu adalah upacara petua-petua di zaman dahulu.
"Kita minta semua tempat di Malaysia turun air, bukan kata di Teluk Intan sahaja, tapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia," katanya dalam rakaman video berkenaan.
Dalam rakaman itu, Zaleha juga didengar menyanyikan lagu Mayang Sari.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 05 2022

Jabatan Agama Islam Perak membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh berhubung ritual menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS di Teluk Intan seperti yang tular di media sosial pada Rabu.
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
LIMA'25: hari kedua tingkat keterujaan orang awam
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 memasuki hari ke-2 hari ini dimana pelbagai lagi acara akan diadakan sehingga 24 Mei ini.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik

Dr Ravigadevi saintis pertama Malaysia dipilih sebagai Fellow Royal Society
Pemilihan Dr Ravigadevi Sambamhamutthi sebagai Fellow Royal Society pertama Malaysia adalah detik kebanggaan untuk negara.

Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 - HLIB
HLIB menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit.
Rafizi tuduh kem Izzah lindungi 'oportunis' PKR
Rafizi tuduh kem Izzah lindungi 'oportunis' PKR
Persiapan Kongres Nasional lancar - Fuziah Salleh
Persiapan bagi keseluruhan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual bermula esok berjalan lancar setakat ini.
Remaja maut motosikal bertembung lori simen
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori simen dalam satu kemalangan di Taman Sri Kapar, menghala ke Kuala Selangor, petang Selasa.
Budak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29 kondominium di Puchong
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, Subang Jaya, pada Selasa.
Gajah naik minyak di JRTB Gerik-Jeli, sebuah kenderaan rosak
Tiga ekor gajah mengamuk sehingga merosakkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam satu kejadian berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, dekat Sungai Lebey, Gerik, pada Selasa.

Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain
Menteri Agama mengarahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memanggil Ibrahim Mat Zain atau digelar 'Raja Bomoh' dengan segera.

Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi
Hakim membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.

Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik
Ibrahim turut berjanji untuk mematuhi fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2015 mengenai upacara perbomohan yang dijalankannya.

Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
Ibrahim Mat Zin atau digelar 'Raja Bomoh' yang ditahan atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini
Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali 'Puteri Zaleha'.

Raja Bomoh buat laporan polis
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.

Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam.

Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris
Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.

Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Ketika banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, nama "Raja Bomoh" kembali menjadi sebutan warganet.