NATIONAL
Riza Aziz selesai beri keterangan selepas disiasat 9 jam
Riza, 41 tahun merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures yang berpangkalan di Amerika Syarikat. - Gambar fail
Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.30 malam tadi.
Beliau yang hadir jam 1.25 petang tadi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana syarikat pelaburan kontroversi kerajaan, 1Malaysaia Development Berhad (1MDB).
Mengikut sumber SPRM, beliau diminta hadir sekali lagi jam 2 petang esok.
Riza, 41 tahun merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Red Granite Pictures menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street.
#1MDB
#filem
#Najib Razak
#Red Granite Pictures
#Riza Aziz
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia