KUALA LUMPUR:Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.8 bilion pada 15 Jan 2021.
Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$97.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR:AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.0 bilion).
Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM433.12 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.94 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM17.53 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM20.28 bilion).
Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM170.15 bilion), mata wang dalam edaran (RM134.02 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM134.56 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.69 bilion), deposit-deposit lain (RM12.86 bilion), kertas Bank Negara (RM10.1 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain(RM4.01 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail

Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

#NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Datuk Afdlin Shauki berkata, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.

Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Chini sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Chini, Pahang bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109 bilion pada 26 Feb
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109 bilion pada 26 Feb, 2021, berbanding US$108.6 bilion pada 29 Jan.

Permintaan luaran terhadap elektronik sokong ekonomi Malaysia - Moody's
Ekonomi Malaysia dijangka didorong permintaan luaran terutamanya eksport produk elektronik ke China dan Singapura.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.03 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0680/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0600 semasa ditutup pada petang urus niaga Khamis.

Sarawak Pay ke peringkat global
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.

Bank Negara kekalkan OPR pada 1.75 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.

BNM kongsi semua maklumat diterima daripada Unit Perisikan Kewangan asing
Bank pusat itu terikat dengan Prinsip Kumpulan Egmont untuk Pertukaran Maklumat antara FIU asing.

Siasatan terhadap suami Zeti masih berjalan - PDRM
Siasatan terhadap Datuk Tawfiq Ayman ketika ini masih diteruskan PDRM.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

AIM nafi spekulasi akan diswastakan - Lajim
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan spekulasi akan diswastakan oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Lajim Ukin.

BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus pada mesyuarat Khamis ini - Ahli ekonomi
Kalangan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 4 Mac ini .