awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Malaysia cukup bagi biayai lapan bulan import tertangguh

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2020
06:12 MYT
Rizab antarabangsa Malaysia cukup bagi biayai lapan bulan import tertangguh
Abd Rahim Bakri berkata, rizab negara menunjukkan peningkatan sebanyak AS$1.4 bilion (RM5.71 bilion). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Rizab antarabangsa Malaysia sejumlah AS$105 bilion (RM436.5 bilion) sehingga 30 September lalu mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, rizab negara menunjukkan peningkatan sebanyak AS$1.4 bilion (RM5.71 bilion) berbanding AS$103.6 bilion (RM422.38 bilion) pada akhir tahun.
“Rizab antarabangsa digunakan bagi maksud tertentu dan bukan untuk membiayai belanjawan atau membiayai pakej rangsangan ekonomi susulan pandemik COVID-19.
"Pakej rangsangan ekonomi telah dibiayai terutamanya melalui pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) berhubung jumlah rizab negara dan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat bulan September 2020.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Belanjawan 2021
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#rizab negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan