awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizal Mansor mohon kes tuduhan rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
29/11/2018
04:40 MYT
Rizal Mansor mohon kes tuduhan rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Rizal berdepan tuduhan rasuah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak. - Astro AWANI
Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Rizal Mansor akan memfailkan permohonan bagi memindahkan kes tuduhan rasuah yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili Rizal ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.
Rizal berdepan tuduhan rasuah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.
"Pihak kami memerlukan masa selama 10 hari untuk memfailkan notis usul dan afidavit berhubung permohonan itu dan saya juga difahamkan pihak pendakwaan tidak ada bantahan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengesahkan pihaknya tidak mengemukakan sebarang bantahan berhubung permohonan untuk memindahkan kes mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah.
"Namun setakat ini, kami dimaklumkan bahawa pihak pembelaan masih belum membuat permohonan berkenaan dan kami hanya mengetahui mengenai perkara itu semalam," katanya.
Menurut Ahmad Akram, pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya kes berkenaan dibicarakan bersama dengan kes membabitkan Datin Rosmah Mansor, selepas kes membabitkan Rizal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Rosmah berdepan tuduhan rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek sama.
Hakim Rozina memberi tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk pihak pembelaan memfailkan permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan menetapkan 12 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
Pada 15 Nov lepas, Rizal, 44, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.
Topic Berkaitan
#projek solar
#Rasuah
#Rizal Mansor
#sekolah sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan