awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1 bilion untuk pelan perkembangan ekonomi digital - Guan Eng

Bernama
Bernama
02/11/2018
10:57 MYT
RM1 bilion untuk pelan perkembangan ekonomi digital - Guan Eng
Pelan itu bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif.
Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukkan RM1 bilion bagi menggalakkan perkembangan ekonomi digital, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya, pelan itu bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif.
"Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi disasarkan mencapai 30 Mbsp di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan Malaysia mencapai infrastruktur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan.
"Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai harga Capaian (MSAP) yang dijangka menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurang-kurangnya 25 peratus pada akhir 2018," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera' di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan akan meneruskan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukkan RM30 juta bagi menggalakkan penghasilan filem Malaysia bertaraf antarabangsa.
Sebagai tambahan, beliau berkata Khazanah akan menyediakan peruntukkan sebanyak RM100 juta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.
Bagi membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati generasi muda, Lim berkata kerajaan akan menyediakan peruntukkan RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan
#Belanjawan 2019
#digital
#e-sukan
#Lim Guan Eng
#merancak ekonomi
#NFCP
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan