DREBAR

RM1 untuk alat ganti Proton? Dapatkannya di Alami Proton!

Astro Publication 30/09/2015 | 09:38 MYT

Alami Proton tiba lagi! Festival anjuran Proton tahun ini serentak dijalankan untuk meraikan ulangtahun ke-30 syarikat automotif nasional itu. Seperti tahun lepas, ia akan diadakan di ibu pejabat Proton, Centre of Excellence, Shah Alam.

Untuk dua hari (3 dan 4 Oktober 2015), pemilik Proton pasti berminat untuk menghadiri karnival ini lebih-lebih lagi untuk mendapatkan alat-alat ganti tulen bagi model seperti Waja, Persona, Wira dan Saga dengan diskaun sehingga 70%. Bahkan ada komponen yang boleh dibeli dengan harga RM1.00 sahaja! Jangan lupa untuk tiba awal, kerana ia hanya ada sementara stok masih ada.

Pengunjung juga boleh mendapat penerangan mengenai teknologi keselamatan terkini daripada pakar-pakar Proton.

Barangkali yang paling menarik adalah peluang untuk melawat kilang pengeluaran Proton, dan juga melangkah ke dalam pusat penyelidikan (R&D) yang pada waktu-waktu lain adalah antara tempat paling dikawal ketat bagi mana-mana syarikat automotif sekalipun.

Di sini, anda akan dapat melihat bagaimana proses pembuatan kereta berlaku – daripada peringkat rekaan awal hinggalah sehingga acuan dihasilkan. Proton juga akan mempamerkan beberapa kereta konsep yang ada sekarang.

Selain itu, terdapat pelbagai permainan dan aktiviti yang boleh disertai semua. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Alami Proton sesuai untuk seluruh ahli keluarga daripada kanak-kanak kecil hinggalah orang dewasa.

Jika ada masa lapang, Alami Proton adalah satu aktiviti khas untuk hujung minggu ini yang sangat sesuai untuk dikunjungi. Dan ada juga konsert pada belah malamnya!

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan mantap lagenda dan ratu rock Malaysia, Amy Search dan Ella di...

Posted by Proton Cars on Saturday, 26 September 2015

# # Alami Proton #Proton