awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalur kepada Nadma - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
02/03/2023
13:40 MYT
RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalur kepada Nadma - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata peruntukan segera itu bagi memastikan semua kelengkapan di PPS mencukupi, memandangkan angka penduduk terjejas terus meningkat. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan segera itu bagi memastikan semua kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi, memandangkan angka penduduk terjejas terus meningkat.
"Saya dimaklumkan terdapat kekurangan selimut, bantal dan tilam. Ketua Pengarah Nadma sudah bagi tahu Pegawai Daerah agar pembelian dilakukan segera dan pembayaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan dilakukan segera sebagai tindakan pantas Nadma bagi menyelesaikan masalah kekurangan itu," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Topic Berkaitan
#NADMA
#PPS
#mangsa banjir
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan