[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

RM1,000 bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Melaka

Astro Awani 15/05/2019 | 12:56 MYT
Adly berkata, bayaran bantuan kewangan tersebut akan dikreditkan serentak dengan gaji bulan Mei, pada 25 Mei ini. - Gambar fail
Kerajaan negeri Melaka mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 5,300 penjawat awam negeri itu.
Ketua Menteri Adly Zahari berkata, keputusan itu diputuskan pada mesyuarat kerajaan negeri di Seri Negeri, di sini, hari ini.
"Kita memang telah memaklumkan bahawa semua 5,300 kakitangan awam di peringkat kerajaan negeri diberikan bonus RM1,000," katanya.
Mengulas lanjut, Adly berkata, bayaran bantuan kewangan tersebut akan dikreditkan serentak dengan gaji bulan Mei, pada 25 Mei ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini petang ini.
#Adly Zahari #Aidilfitri #bantuan kewangan #bonus #Melaka