awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM15 juta anggaran peruntukan bagi baik pulih Jalan Paitan - Bung Moktar

Radhi Muslim
Radhi Muslim
26/01/2021
11:00 MYT
RM15 juta anggaran peruntukan bagi baik pulih Jalan Paitan - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jalan raya itu yang melibatkan laluan kuarters Loji Rawatan Air Paitan akan dibaik pulih selepas terputus akibat bencana alam berkenaan.
BELURAN:Kementerian Kerja Raya Sabah menganggarkan RM15 juta dana diperlukan bagi membaik pulih kerosakan jalan akibat tanah runtuh di kilometer 127.7 Jalan Paitan-Kanibungan, di sini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jalan raya itu yang melibatkan laluan kuarters Loji Rawatan Air Paitan akan dibaik pulih selepas terputus akibat bencana alam berkenaan.
"Itu (RM15 juta) hanya anggaran dana yang diperlukan... mungkin kurang atau lebih daripada jumlah itu.
"Kita akan meminta laporan dari pakar-pakar yang terlibat dalam pembinaan semula jalan ini," katanya selepas melawat laluan tersebut pada petang Selasa.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah telah mengarahkan Pejabat Daerah Kecil Paitan untuk mengadakan mesyuarat khas dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Geologi Sabah, Jabatan Pengaliran dan Saliran serta Jabatan Tanah dan Ukur.
"Saya mahu masalah ini dapat diselesaikan dalam empat atau lima bulan ini. Situasi ini telah menimbulkan masalah dengan menjejaskan ekonomi rakyat," katanya.
Bung Moktar ketika meninjau Jalan Paitan-Kinabungan yang rosak akibat tanah runtuh.
Bung Moktar ketika meninjau Jalan Paitan-Kinabungan yang rosak akibat tanah runtuh.
Sementara itu, mengulas mengenai bekalan air bersih di Sabah, Bung Moktar menegaskan semua jurutera daerah di seluruh negeri itu diminta menyediakan kertas kerja bagi menangani masalah tersebut.
Katanya, kertas kerja tersebut penting dalam usaha menambah baik tindakan dan penyaluran bekalan air bersih terawat kepada penduduk Sabah.
Topic Berkaitan
#Jalan Paitan
#jalan runtuh
#Paitan
#Kinabungan
#Bung Moktar Radin
#Timbalan Ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan