Aktivis sosial Lee Lam Thye pada Sabtu memuji langkah kerajaan memperuntukkan RM15 bilion kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi melaksanakan program pembasmian gejala dadah, Rintis, bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti tempatan, di bawah belanjawan 2020.
Beliau berkata peruntukan itu akan membantu dalam memperbaiki lagi keberkesanan program-program pemulihan dadah.
"Bagaimanapun adalah perlu untuk menangani masalah dadah yang serius dengan lebih efektif menerusi dasar baharu berkaitan dadah yang akan diputuskan oleh satu suruhanjaya, ditubuhkan khusus bagi mengkaji keseluruhan masalah berkaitan penyalahgunaan dadah dalam negara," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata setakat ini tidak ada peruntukan khusus buat pembangunan kesihatan mental, seperti pusat-pusat pemulihan komuniti diumumkan, walaupun Kementerian Kesihatan diberikan peruntukan RM30.6 bilion di bawah belanjawan 2020.
"Pihak kementerian perlu diberikan peruntukan yang lebih besar khusus bagi membina pusat-pusat pemulihan bagi membantu menangani pelbagai masalah mental yang diakibatkan oleh penagihan dadah sintetik," katanya.
Beliau seterusnya mengingatkan kementerian Kesihatan supaya memenyediakan peruntukan untuk memberikan latihan asas pertolongan cemas kesihatan mental kepada guru, majikan dan ibu bapa selain pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan dengan sakit mental.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 12 2019
Peruntukan itu akan membantu dalam memperbaiki lagi keberkesanan program-program pemulihan dadah. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).
JAIPk, AADK gempur premis disyaki pusat pelacuran, 43 ditahan
Dalam operasi membanteras pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh, pada Jumaat malam, 43 ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita.
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.
Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.