awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konstabel polis mengaku tidak bersalah tipu wanita selesai saman PDRM
Polis tahan dua lelaki, rampas anak pokok 'bromeliad' bernilai RM1.3 juta
LG perkenal LG CLOiD, robot pintar bantu tugasan rumah di CES 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'

Bernama
Bernama
07/01/2026
05:45 MYT
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
Peruntukan untuk Program Bank Makanan Dapur Siswa disifatkan sebagai langkah signifikan dalam mengekalkan kebajikan asas pelajar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Inisiatif Dapur Siswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diharap dapat memastikan tiada mahasiswa, khususnya golongan kurang berkemampuan, terpaksa "mengikat perut" akibat tekanan kewangan.

Ringkasan AI
  • Inisiatif Dapur Siswa di bawah KPT memberi bantuan makanan percuma dan bank makanan bagi mahasiswa kurang berkemampuan, mengurangkan tekanan kewangan yang dialami pelajar IPT.
  • Peruntukan RM15 juta untuk program ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan pelajar, membantu mereka fokus kepada pengajian tanpa perlu 'mengikat perut'.
  • Reaksi positif diberikan oleh pelajar terhadap inisiatif ini, dengan menyatakan bahawa bantuan makanan tersebut sangat membantu dalam mengurangkan beban harian dan membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.

Peruntukan RM15 juta bagi program itu dilihat sebagai bukti keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap pelbagai aspek kehidupan rakyat, termasuk kesukaran yang dialami sebahagian mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Afiq Hasraf Hazly, 22, menyifatkan peruntukan untuk Program Bank Makanan Dapur Siswa sebagai langkah signifikan dalam mengekalkan kebajikan asas pelajar.
"Isu kebajikan makanan bukan perkara kecil dan baharu; ia sangat dekat dengan mahasiswa. Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan terhadap realiti yang dihadapi pelajar, khususnya mereka yang terkesan dengan tekanan kewangan dan peningkatan kos sara hidup.
"Kami menyambut baik usaha ini kerana inisiatif ini sedikit sebanyak membantu mahasiswa memastikan mereka tidak perlu memilih antara kelangsungan hidup dan komitmen akademik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Afiq berkata program Bank Makanan Dapur Siswa memberi impak besar kepada pelajar B40 yang berdepan kekangan kewangan, sekaligus membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian.
Seorang penuntut Universiti Malaya, Nur Atiqah Yusof, 24, berkata inisiatif ini amat membantu dalam mengurangkan beban harian mahasiswa, terutamanya mereka yang bergantung kepada Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kos sara hidup, khususnya di bandar besar, amat membebankan kerana semuanya mahal. Jika bergantung pada pinjaman PTPTN mahupun biasiswa, jumlah itu kurang mencukupi.
"Saya beli nasi di kafetaria sehari dua kali pun dah mencecah RM10. Itu harga minimum; jika nak kurangkan lagi, terpaksa 'ikat perut'," katanya.
Sementara itu, penuntut USM, Wan Mohamad Shafiq Wan Hamid, 24, melihat peruntukan itu sebagai langkah positif kerajaan dalam menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar kurang berkemampuan, terutama dalam mendapatkan makanan yang mencukupi.
"Majoriti mahasiswa tidak mempunyai pendapatan tetap, jadi kemudahan makanan percuma atau pada harga rendah ini berjaya meringankan beban mereka.
"Sebelum ini, saya pernah mendapat kemudahan Bank Makanan. Apa yang saya lihat semuanya positif kerana makanan yang diperoleh sihat dan berkhasiat," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar pendedahan mengenai Dapur Siswa diperluas supaya lebih ramai mahasiswa yang memerlukan dapat meraih manfaat, selain menambah stok makanan melalui kerjasama dengan pihak swasta.
Seorang ibu, Hasina Anuar, 66, turut menyokong inisiatif Dapur Siswa sebagai langkah yang sangat baik dalam membantu meringankan beban anaknya yang sedang melanjutkan pengajian di universiti.
Beliau berkata keluarganya tergolong dalam kategori B40 dan asnaf, maka inisiatif tersebut amat membantu dari segi kewangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 pada Isnin, mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi pelaksanaan inisiatif Dapur Siswa di bawah KPT.
Pelaksanaan inisiatif makanan percuma dan bank makanan ini adalah antara usaha kerajaan untuk mengurangkan isu pelajar yang memerlukan bantuan makanan, serta memastikan kebajikan mereka terbela sepanjang menuntut ilmu di menara gading.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dapur Siswa
#Kerajaan Madani
#KPT
#bantuan kepada mahasiswa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan