MALAYSIA
RM150 untuk pelajar Tingkatan Enam baharu
Fadhlina (kiri) menyampaikan BAP kepada salah seorang pelajar Tingkatan Enam pada satu majlis di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Ahad.
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada pelajar Tingkatan Enam baharu bagi sesi persekolahan 2025/2026 bermula 4 Ogos.
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, agihan BAP tersebut akan dilaksanakan secara serahan tunai melalui program pertemuan dengan ibu bapa atau penjaga yang akan diaturkan oleh pihak sekolah.
"Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak dapat hadir, sekolah dibenarkan menyerahkan bantuan tersebut kepada pelajar dengan syarat memperoleh kebenaran bertulis," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.
Sebelum itu, Fadhlina merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid Tingkatan Enam Semester Satu 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini.
Menurutnya, peruntukan berjumlah RM7,958,250 telah disalurkan bagi manfaat seramai 53,055 pelajar Tingkatan Enam baharu di seluruh negara.
Ujarnya, inisiatif BAP kepada pelajar Tingkatan Enam diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan kos sebanyak RM15 juta dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar.
"Pelaksanaan inisiatif ini menyerlahkan komitmen Kerajaan Madani untuk memartabatkan program Tingkatan Enam dan membantu meringankan beban persekolahan pelajar," katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- KPM meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada pelajar Tingkatan Enam baharu sesi 2025/2026 bermula 4 Ogos secara serahan tunai melalui pertemuan bersama ibu bapa atau penjaga.
- Peruntukan sebanyak RM7.96 juta telah disalurkan untuk manfaat 53,055 pelajar, dengan keseluruhan kos inisiatif mencecah RM15 juta bagi lebih 100,000 pelajar Tingkatan Enam.
- Inisiatif BAP kepada pelajar Tingkatan Enam diperkenalkan buat pertama kali tahun ini sebagai usaha Kerajaan Madani untuk memartabatkan program Tingkatan Enam dan meringankan beban persekolahan.