MALAYSIA
RM16 juta adalah derma, tiada kaitan dengan sebarang perbuatan pecah amanah - Peguam UMNO
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu UMNO tidak mengetahui bahawa wang sebanyak RM16 juta yang diterima daripada Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) boleh dikaitkan dengan sebarang perbuatan pecah amanah atau tanggungjawab. - Foto hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu UMNO tidak mengetahui bahawa wang sebanyak RM16 juta yang diterima daripada Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) boleh dikaitkan dengan sebarang perbuatan pecah amanah atau tanggungjawab.
Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili UMNO, berhujah bahawa parti itu telah menerima wang tersebut sebagai derma dan sumbangan.
"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa plaintif hanya tahu wang sebanyak RM16 juta yang telah disalurkan itu adalah hasil daripada pecah amanah atau tanggungjhawab oleh bekas pengarah mereka sekitar 2019.
"UMNO pada masa yang material adalah penerima sah RM16 juta itu dan wang tersebut telah dibelanja serta digunakan oleh UMNO dalam aktiviti serta program yang bersifat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)," katanya.
Peguam itu berkata demikian pada perbicaraan kes saman yang difailkan SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) terhadap UMNO serta UMNO Selangor.
Mohamed Shahrul Fazli juga berhujah tiada bukti yang menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Penasihat Emeritus SRC ketika itu, telah mengarahkan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan, GMSB atau JPSB untuk menyalurkan wang berkenaan kepada UMNO.
"Keterangan hanya menunjukkan bahawa Lembaga Pengarah SRC mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan akhir bagi pengurusan perniagaan bagi memenuhi matlamat syarikat berkenaan.
"Adalah jelas bahawa Datuk Seri Najib tidak boleh dianggap sebagai pengarah bayangan kepada plaintif atau memanipulasi pemikiran dan kehendak mereka. Pada setiap masa, peranan Datuk Seri Najib dalam kalangan plaintif adalah berdasarkan kapasiti rasmi dan tertakluk kepada Artikel Persatuan SRC," katanya.
Peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili SRC pula berhujah bahawa tiada dokumen daripada JPSB atau SRC yang menjelaskan isu pemindahan RM16 juta itu kepada UMNO.
Beliau berkata tiada sebarang alasan bagi plaintif untuk memindah, menderma atau menghadiahkan wang itu kepada UMNO dan tiada sebab untuk parti berkenaan menerimanya kerana ia tidak mempunyai sebarang hubungan atau pengetahuan langsung mengenai plaintif.
"UMNO sering mengulangi bahawa wang tersebut diterima sebagai sumbangan politik. Namun hujah ini tidak boleh diterima kerana UMNO sendiri tidak pernah mengesahkan atau merekodkan penerimaan dana sebanyak RM16 juta itu pada bila-bila masa.
"UMNO hanya menganggap wang itu sebagai sumbangan politik. Hingga saat ini, tiada sebarang rekod yang menunjukkan tujuan pemindahan wang RM16 juta kepada UMNO atau sebab cek milik JPSB berada dalam tangan Datuk Seri Najib pada masa yang berkaitan," katanya.
Menerusi saman terhadap UMNO, plaintif menuntut RM16 juta yang didakwa sebagai telah dipindahkan secara tidak wajar kepada parti politik itu dan menegaskan bahawa ia tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.
Saman kedua membabitkan tuntutan sebanyak RM3.5 juta terhadap UMNO Selangor yang turut didakwa menerima dana itu secara tidak sah.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung pada Rabu.
-- BERNAMA