MALAYSIA
RM1.87 bilion diluluskan naik taraf jalan, jambatan luar bandar di Kelantan
Rubiah berkata mekanisme pemantauan dan penilaian keberkesanan projek pembangunan luar bandar dilaksanakan melalui mesyuarat penyelarasan di peringkat Persekutuan, kementerian dan negeri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 37 projek menaik taraf jalan luar bandar dan 17 projek jambatan luar bandar telah diluluskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.87 bilion di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) di Kelantan pada tahun ini.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata daripada jumlah itu, enam projek telah disiapkan, manakala 32 projek masih dalam pembinaan dan 16 lagi berada pada peringkat prapelaksanaan.
"Kelulusan dan pelaksanaan projek jalan dan jambatan adalah berdasarkan permohonan kerajaan negeri mengikut senarai keutamaan yang dikemukakan kepada kementerian dalam setiap rolling.
"Kelantan sentiasa mendapat peningkatan daripada sudut kos atau bajet tahunan untuk pelaksanaan projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Tahun hadapan, peruntukan Kelantan meningkat lagi sebanyak RM450.7 juta," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai status pelaksanaan projek pembangunan luar bandar di Kelantan di bawah JALB pada tahun ini memandangkan negeri itu sering berhadapan dengan bencana alam pada setiap akhir tahun.
Rubiah berkata mekanisme pemantauan dan penilaian keberkesanan projek pembangunan luar bandar dilaksanakan melalui mesyuarat penyelarasan di peringkat Persekutuan, kementerian dan negeri, di samping pelaporan secara berkala serta lawatan pemantauan di lapangan.
Menurutnya, majoriti projek menunjukkan kemajuan yang positif, namun terdapat beberapa projek yang mengalami kelewatan disebabkan pelbagai faktor.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian telah melaksanakan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan bagi memastikan projek-projek bermasalah dapat disiapkan mengikut perancangan, mencapai objektif yang telah ditetapkan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Michael Mujah Lihan yang ingin tahu status terkini pelaksanaan program pemulihan kebun getah terbiar di Sarawak, Rubiah berkata seluas 553 hektar kebun telah dipulihkan dan 365 hektar lagi sedang dalam proses pemulihan melibatkan 608 pekebun kecil pada tahun ini dengan peruntukan Program Pemulihan Getah Terbiar (PGT) sebanyak RM3.3 juta.
Beliau berkata sebanyak 243 hektar kebun getah telah dipulihkan tahun lalu, melibatkan 142 pekebun kecil dengan peruntukan PGT sebanyak RM656,000.
"Secara keseluruhannya, sebanyak 796 hektar kebun getah telah berjaya dipulihkan di Sarawak dengan kos RM3.956 juta yang melibatkan seramai 750 pekebun kecil sepanjang pelaksanaan program PGT di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 37 projek menaik taraf jalan luar bandar dan 17 projek jambatan luar bandar diluluskan di Kelantan pada tahun ini dengan kos RM1.87 bilion di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB).
- Kelantan akan menerima peningkatan peruntukan sebanyak RM450.7 juta tahun depan bagi projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
- Meskipun majoriti projek menunjukkan kemajuan positif, beberapa mengalami kelewatan disebabkan pelbagai faktor; kementerian telah ambil langkah pemulihan untuk memastikan projek disiapkan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata daripada jumlah itu, enam projek telah disiapkan, manakala 32 projek masih dalam pembinaan dan 16 lagi berada pada peringkat prapelaksanaan.
"Kelulusan dan pelaksanaan projek jalan dan jambatan adalah berdasarkan permohonan kerajaan negeri mengikut senarai keutamaan yang dikemukakan kepada kementerian dalam setiap rolling.
"Kelantan sentiasa mendapat peningkatan daripada sudut kos atau bajet tahunan untuk pelaksanaan projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Tahun hadapan, peruntukan Kelantan meningkat lagi sebanyak RM450.7 juta," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai status pelaksanaan projek pembangunan luar bandar di Kelantan di bawah JALB pada tahun ini memandangkan negeri itu sering berhadapan dengan bencana alam pada setiap akhir tahun.
Rubiah berkata mekanisme pemantauan dan penilaian keberkesanan projek pembangunan luar bandar dilaksanakan melalui mesyuarat penyelarasan di peringkat Persekutuan, kementerian dan negeri, di samping pelaporan secara berkala serta lawatan pemantauan di lapangan.
Menurutnya, majoriti projek menunjukkan kemajuan yang positif, namun terdapat beberapa projek yang mengalami kelewatan disebabkan pelbagai faktor.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian telah melaksanakan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan bagi memastikan projek-projek bermasalah dapat disiapkan mengikut perancangan, mencapai objektif yang telah ditetapkan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Michael Mujah Lihan yang ingin tahu status terkini pelaksanaan program pemulihan kebun getah terbiar di Sarawak, Rubiah berkata seluas 553 hektar kebun telah dipulihkan dan 365 hektar lagi sedang dalam proses pemulihan melibatkan 608 pekebun kecil pada tahun ini dengan peruntukan Program Pemulihan Getah Terbiar (PGT) sebanyak RM3.3 juta.
Beliau berkata sebanyak 243 hektar kebun getah telah dipulihkan tahun lalu, melibatkan 142 pekebun kecil dengan peruntukan PGT sebanyak RM656,000.
"Secara keseluruhannya, sebanyak 796 hektar kebun getah telah berjaya dipulihkan di Sarawak dengan kos RM3.956 juta yang melibatkan seramai 750 pekebun kecil sepanjang pelaksanaan program PGT di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
#Program Jalan Luar Bandar
#Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#negeri Kelantan
#Dewan Negara
#Rubiah Wang