MALAYSIA
RM18.9 juta geran BEEP diluluskan kepada 182 PMKS Sabah
Ewon berkata bantuan berbentuk geran yang disalurkan kementeriannya melalui agensinya, SME Corp Malaysia itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memperkasakan keusahawanan tempatan. - Gambar Kementerian Pembangunan Usahawan
PENAMPANG: Sebanyak RM18.9 juta bantuan kewangan menerusi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus telah diluluskan kepada 182 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Ringkasan AI
Beliau berkata bantuan berbentuk geran yang disalurkan kementeriannya melalui agensinya, SME Corp Malaysia itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memperkasakan keusahawanan tempatan.
Ewon berkata pencapaian BEEP dan BEEP Plus bukan sahaja menyokong pertumbuhan perniagaan mikro di kawasan bandar dan luar bandar, tetapi juga memperkukuh ekonomi komuniti setempat melalui penciptaan peluang pekerjaan serta peningkatan kapasiti perniagaan.
"Lebih penting, program ini menjadi pemangkin dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur, dengan menumpukan kepada pembangunan usahawan bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya berucap merasmikan Sesi Ramah Mesra dan Hari Terbuka Hab PMKS Sabah di sini hari ini.
Program BEEP bertujuan meningkatkan daya saing PKS Bumiputera melalui bantuan bersepadu yang merangkumi khidmat nasihat, sokongan teknikal, latihan serta bantuan kewangan sehingga RM500,000, manakala BEEP Plus yang dibiayai di bawah dana Mikro MADANI menawarkan geran padanan sehingga RM250,000 khusus bagi perusahaan mikro Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Pada majlis sama, Ewon turut menyampaikan cek cura berjumlah RM1.3 juta kepada 18 penerima BEEP 2.0, BEEP Plus dan TUBE.
SME Corp telah meluluskan 44 permohonan geran BEEP 2.0 dari Sabah berjumlah RM7.42 juta, manakala Program BEEP Plus telah memberi manfaat kepada 197 syarikat mikro milik bumiputera di Sabah dan Sarawak, dengan 138 syarikat iaitu 70 peratus daripadanya adalah dari Sabah dengan jumlah kelulusan geran sebanyak RM11.48 juta.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- RM18.9 juta bantuan kewangan diberikan melalui Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus kepada 182 perusahaan mikro di Sabah untuk memperkasakan keusahawanan tempatan.
- BEEP dan BEEP Plus menyokong pertumbuhan perniagaan mikro, memperkukuh ekonomi komuniti setempat, dan mengurangkan jurang pembangunan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dengan tumpuan kepada pembangunan usahawan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Program ini memberikan bantuan bersepadu termasuk khidmat nasihat, sokongan teknikal, latihan, dan bantuan kewangan sehingga RM500,000, serta geran padanan sehingga RM250,000 bagi perusahaan mikro Bumiputera di Sabah dan Sarawak.