MALAYSIA
RM1.96 bilion dadah dirampas dari Jan hingga September - KPN
Sebanyak 174,134 kes telah disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 sepanjang tempoh Januari hingga September lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merekodkan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM1.96 bilion dalam tempoh Januari hingga 14 September 2025.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata sebanyak 174,134 kes telah disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 sepanjang tempoh tersebut.
"Keseluruhan tindakan penguatkuasaan ini telah membawa kepada 189,788 tangkapan pelbagai peringkat merangkumi pengedar, pembekal, kurier, serta penagih," katanya dalam sidang media di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini pada Rabu.
Jelas Mohd Khalid, hasil operasi tersebut, JSJN berjaya merampas dadah dalam bentuk pepejal seberat 83,305 kilogram (kg), manakala rampasan dadah dalam bentuk cecair sebanyak 69,155.85 liter.
Tegas beliau, jumlah rampasan dadah itu bukan sahaja menggambarkan skala cabaran yang dihadapi, bahkan menzahirkan ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
“Kejayaan operasi ini membuktikan bahawa risikan berterusan, tindakan tegas penguatkuasaan, dan sokongan masyarakat adalah kunci dalam membanteras sindiket dadah," ujar Mohd Khalid.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti pengedaran, pemilikan, perlindungan mahupun apa jua bentuk kegiatan berkaitan dadah.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid memaklumkan PDRM sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Myanmar berhubung rampasan dadah di Yangon yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini.
Ujarnya, siasatan sedang dijalankan hasil kerjasama antara Bahagian Narkotik PDRM dan pihak berkuasa Myanmar.
“Maklumat itu masih dalam proses siasatan. Kita ada buat kerjasama dengan pihak narkotik Myanmar, jadi kita masih lagi menunggu beberapa maklumat daripada pihak sebelah sana,” kata beliau.
Ringkasan AI
- JSJN Bukit Aman merekodkan rampasan dadah bernilai RM1.96 bilion dari Januari hingga 14 September 2025, melibatkan lebih 174,000 kes siasatan dan hampir 190,000 tangkapan.
- Rampasan melibatkan 83,305kg dadah pepejal dan 69,155.85 liter dadah cecair, menunjukkan skala besar cabaran penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia.
- PDRM bekerjasama dengan pihak berkuasa Myanmar berhubung rampasan dadah di Yangon yang dipercayai cuba diseludup ke Malaysia, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.