MALAYSIA
RM2 bilion diperuntuk untuk tingkat kesalinghubungan di Sabah - PM Anwar
Anwar (foto) berkata peruntukan itu antara lain akan memperluas liputan rangkaian internet dengan keutamaan diberikan kepada kolej, universiti awam dan swasta, serta pejabat kerajaan di negeri ini. -Foto Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan kesalinghubungan di Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata peruntukan itu antara lain akan memperluas liputan rangkaian internet dengan keutamaan diberikan kepada kolej, universiti awam dan swasta, serta pejabat kerajaan di negeri ini.
Katanya walaupun projek itu memerlukan sedikit masa, kerajaan komited memastikan rakyat Sabah menikmati akses internet yang lebih baik, terutamanya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan pentadbiran kerajaan.
"MCMC telah menetapkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk tujuan ini. Saya telah umumkan dalam Belanjawan.
"Projek ini perlukan sedikit masa untuk disiapkan," katanya pada Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama YAB Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Mariah Doksil, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Daily Express Datuk James Sarda, dan Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Datuk Lichong Angkui.
Sabah terus menikmati manfaat besar melalui Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai RM2 bilion, yang diumumkan Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026.
Menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), liputan capaian 4G di Sabah meningkat secara signifikan kepada 96.81 peratus sejak program ini dilaksanakan pada 2022, berbanding hanya 73.41 peratus sebelum itu, memberi manfaat kepada tambahan 877,500 penduduk negeri.
Setakat September lepas, liputan Coverage of Populated Area (COPA) bagi 5G di Sabah telah mencapai 69 peratus, hasil usaha bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan usaha itu akan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan tambahan oleh pihak UMobile, yang menyasarkan liputan 5G mencapai 80 peratus di seluruh negeri Sabah.
Menerusi inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) di bawah program JENDELA, sebanyak 608 daripada 703 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi di seluruh Sabah.
Selain itu, sebanyak 5,200 daripada 5,208 stesen pemancar sedia ada telah berjaya dinaik taraf untuk memperluas liputan rangkaian mudah alih, manakala 309,342 premis di seluruh negeri kini dilengkapi capaian gentian optik.
Bagi penyediaan Jalur Lebar menggunakan Teknologi Satelit (BWA) pula, sebanyak 138 lokasi yang dirancang telah siap sepenuhnya dan beroperasi.
Sementara itu, pelaksanaan JENDELA 2, Batch 1 di Sabah dijangka melibatkan 150 tapak dengan anggaran kos berjumlah RM120 juta.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion melalui MCMC untuk meningkatkan kesalinghubungan di Sabah, terutamanya dalam meningkatkan akses internet bagi pendidikan dan pentadbiran.
- Projek SALAM bernilai RM2 bilion dan inisiatif JENDELA telah meningkatkan liputan capaian 4G dan 5G di Sabah, memberi manfaat kepada penduduk negeri.
- Melalui program USP di bawah JENDELA, Sabah telah melihat pembinaan menara komunikasi baharu, peningkatan stesen pemancar, dan penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi satelit.
Beliau berkata peruntukan itu antara lain akan memperluas liputan rangkaian internet dengan keutamaan diberikan kepada kolej, universiti awam dan swasta, serta pejabat kerajaan di negeri ini.
Katanya walaupun projek itu memerlukan sedikit masa, kerajaan komited memastikan rakyat Sabah menikmati akses internet yang lebih baik, terutamanya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan pentadbiran kerajaan.
"MCMC telah menetapkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk tujuan ini. Saya telah umumkan dalam Belanjawan.
"Projek ini perlukan sedikit masa untuk disiapkan," katanya pada Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama YAB Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Mariah Doksil, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Daily Express Datuk James Sarda, dan Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Datuk Lichong Angkui.
Sabah terus menikmati manfaat besar melalui Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai RM2 bilion, yang diumumkan Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026.
Menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), liputan capaian 4G di Sabah meningkat secara signifikan kepada 96.81 peratus sejak program ini dilaksanakan pada 2022, berbanding hanya 73.41 peratus sebelum itu, memberi manfaat kepada tambahan 877,500 penduduk negeri.
Setakat September lepas, liputan Coverage of Populated Area (COPA) bagi 5G di Sabah telah mencapai 69 peratus, hasil usaha bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan usaha itu akan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan tambahan oleh pihak UMobile, yang menyasarkan liputan 5G mencapai 80 peratus di seluruh negeri Sabah.
Menerusi inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) di bawah program JENDELA, sebanyak 608 daripada 703 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi di seluruh Sabah.
Selain itu, sebanyak 5,200 daripada 5,208 stesen pemancar sedia ada telah berjaya dinaik taraf untuk memperluas liputan rangkaian mudah alih, manakala 309,342 premis di seluruh negeri kini dilengkapi capaian gentian optik.
Bagi penyediaan Jalur Lebar menggunakan Teknologi Satelit (BWA) pula, sebanyak 138 lokasi yang dirancang telah siap sepenuhnya dan beroperasi.
Sementara itu, pelaksanaan JENDELA 2, Batch 1 di Sabah dijangka melibatkan 150 tapak dengan anggaran kos berjumlah RM120 juta.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa jumlah peruntukan yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui MCMC untuk meningkatkan kesalinghubungan di Sabah?
A: Kerajaan telah memperuntukkan RM2 bilion melalui MCMC untuk tujuan tersebut. - Q: Apa manfaat yang diperoleh penduduk Sabah melalui projek SALAM dan inisiatif JENDELA?
A: Projek SALAM dan inisiatif JENDELA telah meningkatkan liputan capaian 4G dan 5G di Sabah, memberi manfaat kepada penduduk negeri. - Q: Apa yang dilakukan Sabah melalui program USP di bawah JENDELA untuk meningkatkan infrastruktur komunikasi?
A: Sabah telah melaksanakan pembinaan menara komunikasi baharu, peningkatan stesen pemancar, dan penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi satelit melalui program USP di bawah JENDELA.