awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2.3 juta dividen FELCRA belum dituntut waris di Pahang

Bernama
Bernama
22/05/2014
00:58 MYT
RM2.3 juta dividen FELCRA belum dituntut waris di Pahang
RM2.3 juta dividen FELCRA belum dituntut waris di Pahang
Kira-kira RM2.3 juta dividen tertunggak milik 120 peserta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) di Pahang yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris asing-masing.
Pengurus Besar FELCRA Bhd Pahang Datuk Hazrinor Hisham Harun berkata sekiranya tuntutan tidak dibuat setelah tamat tempoh, wang dividen itu akan diserahkan kepada pemegang Amanah Raya.
"Sehubungan itu kita minta pewaris peserta yang telah meninggal dunia supaya dapat mengemukakan dokumen lengkap termasuk sijil kematian bagi membolehkan dividen tersebut dikeluarkan.
"Tanpa dokumen lengkap ia sukar diberikan kepada waris kerana dividen merupakan harta pusaka serta hak bagi peserta yang meninggal dunia dan selagi tiada sebarang surat pengesahan atau dokumen tertentu maka wang dividen akan disimpan sementara oleh FELCRA sehingga tempoh tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas tentang rungutan sesetengah waris peneroka FELCRA di sini berhubung kelewatan pembayaran dividen kepada mereka.
Katanya untuk mempercepat proses pembahagian dividen itu, waris perlu mendaftar dengan pejabat tanah dan daerah selain perlu menjalani perbicaraan dan pembahagian kuasa terlebih dahulu.
Dalam perkembangan lain, Hazrinor berkata, sehingga kini FELCRA telah mengusahakan lebih 56,000 hektar tanah di seluruh negeri ini untuk ditanam dengan sawit dan getah membabitkan hampir 21,000 peserta.
"Kira kira 20 peratus daripada tanah itu adalah tanah terbiar milik persendirian yang dimajukan oleh FELCRA dan kini telah memberikan pendapatan lumayan kepada pemiliknya," katanya.
Katanya, FELCRA bersedia untuk memajukan mana-mana tanah milik persendirian yang terbiar.
Topic Berkaitan
#amanah raya
#dividen
#FELCRA
#Wang Tidak Dituntut
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan