awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu" - Syed Saddiq

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/03/2020
09:23 MYT
"RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu" - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai. - Gambar fail
Sejumlah wang kira-kira RM250,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, tiada sebarang kesan umpil pada peti besi itu dikesan selain keadaan rumahnya kemas.
Beliau dalam laporan polis di Balai Polis Sungei Way memaklumkan, kejadian itu hanya disedarinya pada pukul kira-kira 7 malam, Sabtu lalu.
"Kali terakhir saya membuka peti besi simpanan itu adalah pada 13 Mac atau 14 Mac lalu," katanya dalam laporan polis yang tular dalam media sosial hari ini.
Dalam pada itu Syed Saddiq dalam kenyataan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.
Ahli Parlimen Muar itu turut menafikan wang tersebut milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang mengesahkan kejadian itu berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan pembantu rumah Syed Saddiq bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, kes siasatan dibuka mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
"Bagaimanapun saya tidak dapat mendedahkan banyak maklumat memandangkan pasukan forensik masih menjalankan siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Muar
#Balai Polis Sungei Way
#Bersatu
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Petaling Jaya
#peti besi
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan