KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memperuntukkan RM26.9 juta tahun ini bagi membangunkan sektor pelancongan di Sabah terutama bagi membangunkan produk pelancongan baharu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, produk pelancongan baharu Sabah itu akan diperkenal dalam tempoh terdekat dan kerajaan juga memperuntukkan RM3.4 juta bagi menyelenggara produk serta destinasi pelancongan sedia ada.
Beliau berkata melalui Rancangan Malaysia Ke-12 pula kementeriannya juga telah mencadangkan pelbagai pembangunan produk pelancongan baharu untuk Sabah ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) antaranya Kampung Budaya Sabah bernilai RM80 juta dan Galeri Seni Sabah bernilai RM3 juta.
"Sebenarnya banyak lagi yang telah kami bantu secara kecil-kecilan dan kami implementasi melalui agensi-agensi berbeza terutama agensi dari Sabah bagi membangunkan sektor pelancongan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi serta deligasi MOTAC mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.
Mengulas mengenai kunjungan itu, Nancy berkata beliau berharap MOTAC dan Kerajaan Negeri Sabah akan menjalinkan kerjasama erat terutama dalam usaha membangunkan sektor pelancongan yang terjejas akibat COVID-19.
"Kerjasama ini penting bagi kami supaya kami sentiasa bersama merujuk antara satu sama lain dari segi tugasan berhubung pelancongan seni dan budaya," katanya.
Beliau berkata walaupun sektor pelancongan pada masa ini agak perlahan, ini adalah masa terbaik bagi pemain industri itu menaik taraf produk yang ingin mereka tawarkan supaya mereka akan lebih bersedia apabila pintu masuk negara dibuka untuk pelancong kelak.
"Kita mesti mempunyai infrastruktur pelancongan lengkap apabila pelancong datang, jadi ini masa terbaik bagi melakukan pengubahsuaian atau menambah baik produk pelancongan yang ditawarkan...Sabah punya banyak produk yang mampu menarik pelancong yang boleh kita ketengahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

NANCY: Ada banyak bantuan secara kecil-kecilan telah diimplementasi melalui agensi-agensi berbeza terutama agensi dari Sabah bagi membangunkan sektor pelancongan di negeri ini.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Matta Fair 2023 sasar jana jualan RM400 juta, 250,000 pengunjung
Arab Saudi yang merupakan destinasi pelancongan baharu, menjadi antara sorotan pameran tahun ini.

Indonesia: Permohonan visa prapelaburan dan pelancongan boleh dibuat secara dalam talian
Warga asing kini boleh memohon visa pelawat Indonesia untuk prapelaburan dan pelancongan secara dalam talian.

Victoria STS Labuan laksana inisiatif penjagaan terumbu karang
Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd bersetuju melaksanakan inisiatif penjagaan terumbu karang di sekitar Taman Laut Labuan.

Majlis rumah terbuka di luar bandar mampu beri impak luar biasa - Sulaiman
Ia secara tidak langsung memberi peluang semua agensi terlibat memperkemas kawasan pelancongan sedia ada.

MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.

Pelancong Malaysia paling ramai dari rantau ASEAN ke Taiwan
Malaysia berada di kedudukan keenam dalam pasaran kemasukan pelancong ke Taiwan dan yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Agensi pelancongan China sambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan
Agensi pelancongan China bakal menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke 20 negara termasuk Rusia bermula 6 Februari.

Impian cuti ke Krabi lebur, ditipu syarikat pelancongan
Keterujaan 40 individu untuk bercuti ke Krabi, Thailand terbantut apabila mereka ditipu sebuah agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian lebih RM30,000.

Sekinchan jadi kampung pelancongan tanpa tunai pertama di Malaysia
Ia adalah hasil kerjasama antara Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di bawah kempen Projek Cashless Kampung.

Pelancongan antarabangsa capai 63 peratus paras sebelum virus pada 2022
Sejumlah 917 juta pelancong mengembara di seluruh dunia tahun lepas, meningkat 101.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.